Monday, July 13, 2009

Angkut mengangkut..

Last Friday kan balik kg. Ingatkn nak bertolak cepat. Lambat jugak me bertolak. Kt highway jammed. Tak de la nama highway kalau kereta que tersengkut2. Laju lagi la kalau guna jalan lama. Sapa la manusia yg suka jammed. Takkan la me nak menjerit kuat2 angkat sepanduk boikot highway kan.... Gila ke hape? Sabo aje la.. Kul 10++ jugak smpi kat kg. Sib baik mak n ayh tak tido lagi. Mak tgh buat lempok kat dapo. Anak2+me skali dah zzzzzzzzzzzzz separuh jalan. Cik abg bengang je la. Ampun la bang. mama jeles betul tgk anak2 tido. mama pun teringin nak tido :D

Kat kg. operasi mengambil buah rambutan yg dah masak ranum. Hasilnya 3 beg plastik sampah yg paling beso tu dikutip oleh ayah,cik abg n anak2. Itu pun byk lagi balance kat atas pokok. Mak dah risau tgk buah rambutan tu, tak tau nak kasi kat sapa... Semua org kat situ ada pokok rambutan. Buah2 kitaorg angkut ke sini; di sedekahkan kepada jiran2 n kenalan2 sekelian. Nak jugak bwk ke office...tapi ramai member2 me dah batuk2. Kang kalau bawak terus MC pulak. Ohhhh tak rela........hahaha. Cik abg bawak pi tmpt keje. Kat sana sempoi.. Ramai tukang makan. Sekelip mata dah habis. Senang hati.

Hasil tuaian; belum dibersihkan daunnya. Gambo bawah tu, limau manis yg kadang2 manis kadang2 masam. Selalunya masam. Ada petua tak camne nak kasi manis. Umur pokok ni sebaya dgn si Hafiz.. Macam org zaman dulu pulak. Satu anak beranak tanam satu pokok depan rumah. Beranak lagi, tanam lagi.
Sekejap je me balik. Satu malam aje. Hari minggu kan cik abg keje. So, hr Sabtu dah kena balik sini semula. Sebelum maghrib me bertolak dr rumah mak. Jamak Qasar kat Perhentian Ayer Keroh. Anak2 n mak budak dah merengek lapo. Igtkan nak makan kt rumah ajer.. Akhirnya cik abg mengalah. Mmg susah la nak ajak cik abg makan kat R&R kt Highway. Katanya tak best pastu harganya pulak tak berbaloi dgn rupanya. Tapi hari tu kitaorg makan OK la jugak. Tak le kata sedap sgt n tak la kata tak sedap. Sedang2 aje. Harga pun standard market la.
Nasi lemak; me kureng suka makan nasi lemak dalam bakul. Macam takde pinggan pulak. Nak buat lain dari yg lain mmg boleh. Tapi agak2 ler. Ada je komen me ni...

Gambo bwh.Nak tunjuk jugak...kerusi kedai sebelah. Cantik la...Me dah terpikat. Sambil jeling2 cik abang. Tapi... dia buat donno ajer.. Tak koser nak layan. Kalau layan byk pulak "ayat2 cinta" lain yg sampai kat telinga dia... e.i: Kalau mama n abg duduk ni kat kerusi ni mesti nampak slim..apa la kena mengena..hahahaha. Beli la bang. Kalau letak kt dining rumah baru pun cantik. Beli kerusi pun OK. Meja tak beli pun tak pe. Ada patut????

Tapi bila tgk lama2 tak cantik la pulak.... hehe. Itu la perempuan.........
Ok chow chin chow.

Friday, July 10, 2009

Balik kg... oooo balik kg.

Petang ni me and family nak balik kg. Tak sabar2. Seee.... macam mana jauh pun anak tu pergi, mesti ingat kat mak and ayahnya. Moga2 anak2 me pun camtu jugak bila dah beso nanti. Amin....

Kalau tak leh nak balik selalu... Calling2 la depa. Kepada yg dah lama tak bertanya kabo org tua di kg. Sekarang jugak, hello,hello mak n ayah tu. Sementera depa ada..rindu2 an boleh gak kita nampak depan mata..Nanti bila dah tak de.. rindu2 tak nampak dah depan mata. Jgn nak menyesal masa tu.

Wah,wah sakan2 membebel. Cukup setakat ini.

Chow chin chow.

Thursday, July 9, 2009

Power of air kosong..

Last entry me ada cerita yg me sibuk chi2. hahaha..Kenapa??? Sila la baca email yg me dpt dari officemate ni. Mari kita berkongsi ilmu.

di pendek dari email yg me dapat dari officemate. TQ Umi.


DRINK WATER ON EMPTY STOMACH


It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases: Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.


METHOD OF TREATMENT

1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water.

2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute.

3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.

4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours.

5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.

6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.



The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
1. High Blood Pressure (30 days)
2. Gastric (10 days)
3. Diabetes (30 days)
4. Constipation (10 days)
5. Cancer (180 days)
6. TB (90 days)
7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.



Me baru start buat no1 ,2 and 3. Masuk hari ni baru hari kedua. Semalam la baru start. Dan semalam la jugak me byk urusan penting yg nak disettle kan. Sebab itu jugaklah cik abg membebel. pot pet pot pet.


Serius! macam nak muntah minum air suam pepagi buta without gosok gigi... Banyak pulak tu (bg me la..) Lepas dari tu asyik le chi chi 4,5 kali. Kekerapan yg jaraknya sekejap. Semua org camtu ke kalau buat kaedah ni. Atau me sorang aje? Adoiiii. Tak pe. Tak salah mencuba kalau ok.


Uols try ler..... (pujuk pulak).



Ok. Chow chin chow.

Sign jgn tak sign..

Semalam me ambik EL. Sib baik semua lab dah habis utk hari Rabu. Kalau tak hangin jugak ler budak2 kt lab ni. Alah...kasi chance le kat akak nak 'cuti2'..tak kan asyik korang je yg nak bersuka ria "cuti". Hahahaha. Baik punya kutuk. Ishhhh2 tak baik,tak baik.

Eh bukan suka2 je me ambik EL. Last minit Pejabat Lawyer call suruh sign segala2 document berkaitan pembelian rumah. Lepas sign kat situ kena sign pula kat Pejabat Tanah. Korang toksah tanya la borang tu borang apa etc. Macam2 benda di bebelkan dalam agreement tu. Serius me tak larat nak belek. Tapi me dah confirm itu bukan borang izin kahwin lain/bermadu (Mintak jauh weiiii). hahahahaha. Me sign sampai nak kontot jugak jari ni. Me mmg tak suka sign2. Tgh2 sign 2 kali pergi ladies.chi chi. Lorat kan. Kenapa jadik camtu???? Nanti me story mory kt lain entry. Cik abg membebel tak habis2. Dia bebel.."Time nak uruskan benda2 penting ni la mama wat macam2 hal". Hehehe. Me wat muka tak paham ajer apa yg dia cakap. Buat apa nak emo. Eh uols tau tak? Dulu kan cik abg selalu ckp me ni yg kuat membebel. Tapi tak tau sekarang ni kenapa dia pulak yg jadik camtu. Kuat membebel... ishhh rimas2. Tu la..lain kali jgn marah2 or kutuk org, skrg apa sudah jadik???

Sori dah tukar topik.. Ok lepas dah pergi pejabat tanah, tgk jam mmg tak dapat la me ambik EL separuh hari. Kena ambik full day EL. Sayang nyer cuti ku!!!

Kenapa kena pergi pejabat tanah??? Selalu org beli rumah tak yah pergi sana? Me tanya jugak dgn cik abg. Kenapa me tanya??? sekilas pandang tadi, ada dalam agreement tu sebut gadaian..apa ntah. Weh, me bukan nak gadai rumah ni..hehe. Dia kata sbb rumah yg kita beli ni adalah usahasama developer dgn tuan tanah. So kita nak kena sign document utk tukar tanah tuan rumah tu ke geran individu milik kita. Sikit lebih kurang camtu la.. Me pun terlupa, rumah yg sekarang me duduk pun kena jugak go through all that process. Apasal tak ingat??? Hurmmmmm. Entah la. Tak kuasa nak fikir. Nasib baik dapat cik abg yg celik sikit bab2 urusan ni semua. Alhamdulillah.
Tenyeh bang jgn tak tenyeh..


Ok chow chin chow.

Ronda2 n buku masakan..



Hari Selasa lepas sementara menunggu Hafiz n Irfan tuition me singgah meronda2 kat Kompleks PKNS @ Billion kat Bandar Baru Bangi. Ada pameran buku kat lobby tu. Best jugak. Terasa cam nak beli buku resepi masakan NASI. Tup2 teka apa yg me nampak.. Buku masakan "Senangnya Memasak" oleh Chef Hanieliza. Sapa yg tak kenal sapa Chef Hanieliza, sila2 la lawat blog nyer. Wah2 kak sekarang aktif sungguh heh. Siap dah boleh keluar buku Masakan lagi. Tahniah!! Dari Chef Hanieliza ni la me byk try resepi biskut raya... Tapi Kak Hanieliza tak de pulak keluarkan buku masak NASI. Amboi uols..bukan resepi masak nasi putih. Itu me pun pejam mata leh buat :). Moga2 nanti boleh lah keluarkan buku masak jenis2 NASI. Me tunggu ni. Buku masakan dr Kak Liza ni mmg padat dan mudah difahami. Siap gambar. Suker.......... Harga satu buah buku RM5.50. Sila beli..............
p/s: Skrg kelas masak macam2 dah Kak Liza conduct. Moga2 Allah murah kan lagi rezeki akak. Amin...

Tuesday, July 7, 2009

Transformer.. Bumble bee cute

Ala...org sibuk tgk Transfomer, me pun terhegeh2 gak nak tgk tranformer. Hehe. Anak2 yg sebenonya merengek nak tgk transformer. Mamanya pun merengek2 gak la dgn ayah nyer suruh blanja tgk movie ni.


Dapat la jugak tgk movie ni setelah berteka teki time bila ada masa nak tgk movie ni. Kitaorg ni kan schedule tight sikit. Jumaat lepas pergi Alamanda (itu yg paling dkt).

Me mmg kelabu asap tak paham langsung cerita robot terbang2 macam langsuir tu. Si Hafiz cerita la serba sedikit sejarah Transformer ni. ooooooo. Baru la paham walaupun sebenarnya tak paham sgt. Terpaksa la angguk ajer sebelum si Hafiz tension melayan mama dia yg blur ni. Yg best tu ada seorang akak (aunty utk hafiz) menumpang dgr masa Hafiz explain kat me. hahahaha. Ada jugak org seperti ku. Kuang3.

Cerita transformer tu ada pulak terselit adegan yg tak sepatutnya ditonton oleh kanak2. Seksi seksa gitu. Seperti biasa Hafiz senyum sipu2 pandang me. Kekonon segan le tu. Hai..anak bujangku. TUTUP MATA :p

Tapi me mmg nak sgt tgk Ice Age 3 tu. Sedap ke? Me suka cerita kartun ala2 camni. Robot2 kureng sikit. Kena berteka teki lagi la bila dapat luangkan masa tgk Ice Age ni.

Tiket Tranformer tu pukul 8:30. Habis pukul 11:00. Sebelum balik singgah la ladies sekejap. Dalam sekejapan masa tu sempat pulak si Farhan berlari kat tmpt game tu nak main game bowling. Bukan bowling betul. Dia mmg suka sgt dgn game tu. Mama dia mmg tak pernah main pun..tapi bila tgk Farhan n Irfan main, mama dia pun tergedik-gedik nak main. Macam syok je ni. Hehehe. Tapi tak berkesempatan. Dah malam la....

Sekarang ni anak2 yg banyak pengaruhi ibu bapa. Ajar tgk kartun la, ajar main game la, ajar lagu itu ini. Kah,kah,kah. Mcam bagus je ayat tu.


Ni le game bowling yg si Farhan suka main tu. Selamba aje si Farhan tu landing dalam lubang keluar bola bowling tu. Dia ckp senang dia nak baling bola tu. Dia kan kecik...

Monday, July 6, 2009

Berbudi kepada tanah dalam pasu..

Cik abg tu minat gak nak menanam pokok. Tapi tanah nak dicucuk tanam mana ada kat rumah me tu. Tunggu pindah rumah baru heh. Abg tanam ler puas2 kat tanah sekangkang kera tu. Jgn hangat2 taik ayam sudah la. Me ni dah la malas nak menanam..siram pokok pun tak leh harap. Kalau sekali dah rajin menyiram pokok..habis di siram sampai kembung pokok tu minum air byk sgt. Terus kiok. hahaha.Suruh buat kerja lain me boleh lagi la nak adjust..jgn suruh me tanam pokok, siram pokok n kasi ikan or kucing makan. Tak kuasa acik....................
Tapi kan azam pindah rumah baru ni, nak berjinak2 dgn dunia tumbuhan. Moga2 menjadik. Kekonon nak tanam orkid. Boleh ke??? Jgn ler gelak. Kasi ler motivasi sikit kt me ni. Nanti nak cari byk2 info camne nak tanam and jaga pokok orkid ni. Agak2 menjadi tak???? Tunggu...........

Ok back to our topic.

Cik abg dah start menyibuk2 kan diri nak tanam sayo.Tapi kan tak dpt nak tanam atas tanah. Dia pun tanam ler sayo kat dalam pasu. Tanam, tabur2 benih senang je kan. Me pun boleh. Eh,eh. tiba2. Tau tak kenapa tiba2 dia datang mood dia nak tanam sayur ni. Cikgu Sains Irfan suruh Irfan tanam pokok kacang dalam beg hitam yg org selalu tanam anak benih tu. Apa nama beg itam tu heh??? Pastu, cik abg bantai membeli berbagai2 biji benih sayo..Macam byk sgt tmpt boleh ditaburnya benih. Hehe. Last2 tanam dlm pasu aje la.... Mana la sayo tu nak membesar. Tak kuasa la me memberi nasihat. Ewah macam pandai kan. Rasanya sayo tu dah jadik ala2 pokok bunga. Cantik pulak.

Sawi
Cili
Bayam
Padan le daun anggur ni asyik togel, rupa2 nyer ada belalang yg suka makan daun ni. Nanti, ku picit2 perut mu itu!!
Ok chow chin chow..